Thursday, October 6, 2011

AWANG SELAMAT PATAH KAKI

Bulan oktober mencatatkan banyak musibah,dugaan dan rintangan dalam hidup AKU...Nasib malang ini bukan sahaja menimpa diri AKU..malah ianya juga telah terpalit kepada haiwan2 peliharaan AKU...kini Awang Selamat telah menerima musibah...kakinya telah patah !

AKU langsung tidak menduga bahawa Awang Selamat telah patah kakinya sehinggalah AKU terlihat dirinya berjalan terhenjot2...menggunakan 3 kakinya...tetap mesra walaupun mengalami kesakitan...adusss..kasihan betul...Mungkin Awang Selamat telah mengalami patah kaki kerana cuba melompat keluar dari kandangnya kerana tidak sabar untuk keluar kepadang ragut.

AKU harapkan kaki Awang Selamat akan mampu pulih...dan semuga kesakitanmu akan hilang...dan Awang Selamat akan tetap mampu kembali berlari2 dipadang ragut seperti hari2 sebelumnya.

Monday, October 3, 2011

SEMUT API

Hari ini hujan turun dengan lebatnya...Guruh dan kilat sabung menyabung...AKU hanya mampu duduk diam diatas rumah sambil memikirkan haiwan2 ternakan AKU yang mungkin kurang selesa dengan keadaan ini..cuma sesekali kedengaran suara dua ekor angsaku yang berteriak kegirangan sambil mengipas ngipas sayapnya mandi manda dalam curahan air hujan.

Sesekali AKU memandang keluar rumah..memerhatikan keadaan lopak lopak air yang terbentuk didalam kandang kandang serta reban reban ternakan.Kelihatan kambing-kambingku yang mula berlindung dibawah teduhan zink yang telah AKU bina untuk melindungi diri dari curahan air hujan.Hati AKU terus berdetik..berbicara sendirian..betapa rempah asam garam kehidupan penuh dengan cabaran dan dugaannya.

AKU terpandang kepada sekumpulan semut semut api yang berusaha keras untuk melindungi diri mereka dikala hujan turun dengan lebatnya.Mereka telah lama membuat perancangan untuk menyediakan lubang2 perlindungan diri mereka dari sebarang ancaman yang melanda.Lalu hati AKU mula berdetik,berbicara sendirian..Betapa Akal dan pemikiran mereka lebih bijak berbanding diri AKU yang langsung tidak bersedia dikala AKU ditimpa musibah dan kekecewaan dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup.

Suatu pertanyaan yang bersarang dalam otak AKU .. sekiranya haiwan tidak mempunyai akal sebagaimana manusia..lantas dari manakah kemampuannya menciptakan kota kota sarang semutnya yang begitu unik sekali...suatu keajaiban daripada Allah SWT untuk renungan manusia keseluruhannya.Walaupun batas tubuh badannya yang terlalu kecil..tapi mempunyai kemampuan berfikir mengatasi haiwan2 lain yang jauh lebih besar ukurannya.

Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." ( QS.Al-Baqarah,2:32).


Terlalu banyak keajaipan yang dapat kita perhatikan melalui Semut Api..bermula dari sifat kerjasama dan setiakawan,bergotong royong dan masih terdapat seribu satu rahsia yang belum dapat manusia terokai secara sepenuhnya.