Sunday, February 19, 2012

SIRI JELAJAH PANTAI TERENGGANU

Alhamdulillah..hari ini Abelee ada sedikit masa terluang untuk mencatatkan pengalaman indah dalam siri jelajah Pantai Terengganu pada 16hb-18hb Februari 2012. Bermula pada hari Khamis , jam 4 petang 16hb Februari 2012 abelee mula bertolak dari Kota Bharu menuju ke Kuala Terengganu melalui Jalan Pasir Puteh .

PANTAI KEMASEK,KEMAMAN,TERENGGANU.

 
Pantai Kemasik adalah salah satu pantai tercantik di Terengganu..dengan panorama bongkah2 batu kecil yang membentuk bukit2 kecil di tepian pantai membuatkan abelee terngaga..tergaman..kekaguman..sehinggakan tak tersedar beberapa ekor lalat hijau memenuhi ruang kerongkongku..hahahhaha..tu sedikit cerita tambahan..Jangan maros..nanti kena jual.

Terletak 10km daripada bandar Kijal..kiranya kalau memecut kereta 100km sejam..tak sampai 10 minit boleh sampai kat sini..tapi awas..kalau terlalu laju..nanti sampai Hospital..maka kempunanlah nak tengok keindahan pantai Kemasik..kita pulak jadi Panorama indah lawatan rakan2 di wad kecemasan..( senyum abelee semasa tulis cerita ni..tak tertahan rasa nak tergelak ).

Kalau ada cita2 nak jadi pendaki bukit...nak panjat gunung Everest ..bolehlah cuba2 bakat panjat bukit2 batu kecil kat Pantai Kemasik dulu...tapi pastikan anda memakai alas kaki yang sesuai..taklah susah2 sangat nak pakai kasut spike untuk daki bukit nih...abelee pakai selipar jepun jer...dan yang menariknya, kat atas bukit kecil ni kita mampu melihat bermacam sudut pandangan..dan kita akan dapat saksikan kebiruan air laut ( macam warna kat bendera UMNO ..kikkiiki)..tapi kadang2 mata kita bertukar kehijau-hijauan ( macam bendera PAS lar pulak..kikkikiki)...kita juga akan termenung sejenak melihat deretan rumah2 kecil perkampungan nelayan...tambah termenung,bila nampak anak dara Nelayan duduk bersimpuh sambil bermain facebook di jemuran...hahahahahah..(tolong jangan marah ek...sabar...terus baca...hahahhah).

Saturday, November 19, 2011

TAK KU SANGKA TAK KU DUGA

Aduhaii..tajuk kali ini dah macam tajuk lagu Appit pulak..tapi sebenarnya tajuk jer yang sama..isinya pasal Kambing AKU..hahahahah...jangan marah ek..nanti kena jual.

Takku sangka takku duga..menjelangnya hari raya AidilAdha baru2 ini...kambing betina AKU..Siti telah melahirkan 2 ekor anaknya...Alhamdulillah..semuanya selamat..tak perlu bawak masuk hospital bersalin..tak payah menghabiskan duit untuk rawatan selepas bersalin...jamu2 Ratu..semuanya tak perlu..hahahahaha..sebab Siti dah ada formulanya sendiri untuk rawatan dirinya.

Bersempena dengan kelahirannya pada pagi AidilAdha..maka AKU namakan Aidil (Jantan) dan Adha ( Betina )...hahahahaha....best gak nama ...senang dan mudah nak ingat. Semuga Aidil dan Adha akan membawa keuntungan buat AKU...cepat membesar dan seterusnya cepat melahirkan anak....membiak...membawa fulus fulus yang banyak....YeeeeeEEEEeehaaaAAAA.

Dengan kelahiran baru ini...maka bertambahlah populasi Kambing Aku kini kepada 6 ekor semuanya..maka bertambahlah sedikit bebanan tugas untuk mendapatkan bekalan makanannya..tapi..itu semua sudah menjadi lumrah penternak seperti AKU. Hanya kerana minat ,AKU sering tak terasa ianya sebagai suatu Beban..malah AKU positifkan pemikiranku sebagai satu Tanggungjawap dan tugasan kerja.

Oklah...hanya setakat ini jer yang mampu AKU luangkan masa untuk kemaskini blog AKU dan Dunia Haiwan untuk hari ini..maklumlah..kat belakang AKU sekarang ini..Kambing2 dan ternakan2 AKU duk bertempik mintak sarapan....So...WA chow duluh....YeeeeehaAAAAaa.


Thursday, October 6, 2011

AWANG SELAMAT PATAH KAKI

Bulan oktober mencatatkan banyak musibah,dugaan dan rintangan dalam hidup AKU...Nasib malang ini bukan sahaja menimpa diri AKU..malah ianya juga telah terpalit kepada haiwan2 peliharaan AKU...kini Awang Selamat telah menerima musibah...kakinya telah patah !

AKU langsung tidak menduga bahawa Awang Selamat telah patah kakinya sehinggalah AKU terlihat dirinya berjalan terhenjot2...menggunakan 3 kakinya...tetap mesra walaupun mengalami kesakitan...adusss..kasihan betul...Mungkin Awang Selamat telah mengalami patah kaki kerana cuba melompat keluar dari kandangnya kerana tidak sabar untuk keluar kepadang ragut.

AKU harapkan kaki Awang Selamat akan mampu pulih...dan semuga kesakitanmu akan hilang...dan Awang Selamat akan tetap mampu kembali berlari2 dipadang ragut seperti hari2 sebelumnya.

Monday, October 3, 2011

SEMUT API

Hari ini hujan turun dengan lebatnya...Guruh dan kilat sabung menyabung...AKU hanya mampu duduk diam diatas rumah sambil memikirkan haiwan2 ternakan AKU yang mungkin kurang selesa dengan keadaan ini..cuma sesekali kedengaran suara dua ekor angsaku yang berteriak kegirangan sambil mengipas ngipas sayapnya mandi manda dalam curahan air hujan.

Sesekali AKU memandang keluar rumah..memerhatikan keadaan lopak lopak air yang terbentuk didalam kandang kandang serta reban reban ternakan.Kelihatan kambing-kambingku yang mula berlindung dibawah teduhan zink yang telah AKU bina untuk melindungi diri dari curahan air hujan.Hati AKU terus berdetik..berbicara sendirian..betapa rempah asam garam kehidupan penuh dengan cabaran dan dugaannya.

AKU terpandang kepada sekumpulan semut semut api yang berusaha keras untuk melindungi diri mereka dikala hujan turun dengan lebatnya.Mereka telah lama membuat perancangan untuk menyediakan lubang2 perlindungan diri mereka dari sebarang ancaman yang melanda.Lalu hati AKU mula berdetik,berbicara sendirian..Betapa Akal dan pemikiran mereka lebih bijak berbanding diri AKU yang langsung tidak bersedia dikala AKU ditimpa musibah dan kekecewaan dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup.

Suatu pertanyaan yang bersarang dalam otak AKU .. sekiranya haiwan tidak mempunyai akal sebagaimana manusia..lantas dari manakah kemampuannya menciptakan kota kota sarang semutnya yang begitu unik sekali...suatu keajaiban daripada Allah SWT untuk renungan manusia keseluruhannya.Walaupun batas tubuh badannya yang terlalu kecil..tapi mempunyai kemampuan berfikir mengatasi haiwan2 lain yang jauh lebih besar ukurannya.

Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." ( QS.Al-Baqarah,2:32).


Terlalu banyak keajaipan yang dapat kita perhatikan melalui Semut Api..bermula dari sifat kerjasama dan setiakawan,bergotong royong dan masih terdapat seribu satu rahsia yang belum dapat manusia terokai secara sepenuhnya.

Tuesday, August 30, 2011

SIRI BERCAKAP DENGAN KUCING

Alhamdulillah...Terlebih dahulu AKU nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI buat seluruh umat islam diseluruh dunia...maklumlah..hari ini kan hari raya...dalam sambutan kemeriahan hari raya pun AKU masih sempat juga meluangkan sedikit masa untuk mencatatkan sedikit cerita dimuatkan dalam blog AKU DAN DUNIA HAIWAN ini...dan hari ini..AKU nak kongsi pula kisah AKU dan KUCING...mmm..tajuk kat atas tuh hanyalah sebagai rempah penyedap ayat jer..Siri Bercakap dengan Kucing..kikikikkiiki...jangan maraa maaa...nanti kena jual !

Kat rumah AKU  taklah banyak sangat kucing yang AKU ada..cuma hanya  6 ekor jer..tak banyak kan?....hmmm..mungkin kat rumah korang lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan AKU punya.Kalau nak dibandingkan dengan yang langsung tak ada Kucing..memanglah jumlah yang AKU ada tu bunyinya banyak...tapi..itulah kenyataannya...AKU memiliki sebanyak ( sesedikit aje ) 6 ekor kucing..dan dikesempatan ini AKU nak kenalkan kepada korang satu persatu..itupun kalau korang sudi baca..kalau tak sudi..tutup jer...hahahahaaahh....AKU tak kisah pun..janji korang bahagia..AKU tetap dalam Duniaku.

 Buat pengetahuan semua...Kucing merupakan binatang peliharaan NAbi Muhammad SAW yang paling disayangi yang bernama Mueeza.Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tettamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk. Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah SWT

Ni AKU nak cerita pasal seekor kucing yang AKU namakan dengan nama ROTI...hahahah...jangan lak korang terkejut..pasal nama AKU main tibai aje..janji boleh panggil..kira ok la tu...ROTI ni kucing betina.AKU dapat ROTI ni dari seorang kawan AKU yang menjual burung dan makanan ternakan kat Simpang tiga Kuala Besar,Jalan Pantai Cahaya Bulan. Tokey kedai ni namanya Azhar...dan AKU kenal ngan dia dah lama...sebelum dia berkecimpung dalam bidang perniagaan binatang ternakan lagi.Dipendekkan cerita AKU telah membawa pulang ROTI yang ketika itu masih kecil..dalam lingkungan umur 4 bulan lebih kurang.
ROTI adalah seekor kucing yang sangat bernasib baik kerana telah 2 kali mengalami kejadian dilanggar kereta tapi masih panjang umur dan masih kekal sehat sehingga ke hari ini.Kejadian pertama ROTI mengalami patah kaki belakangnya..berjalan terhinjut-hinjut selama beberapa minggu..namun entah bagaimana cara pengubatan yang dilakukannya..ROTI akhirnya pulih seperti sediakala.AKU pun naik hairan..bagaimana ROTI mampu merawat patah kakinya sendiri.

Kejadian kedua memang amat menyayat hati..ROTI telah dilanggar oleh kereta yang lalu lalang dihadapan rumah AKU..Seorang budak telah datang memberitahu AKU tentang seekor kucing yang tertiarap dengan mukanya berdarah teruk dihadapan rumah AKU.Tanpa berlengah-lengah lagi, AKU terus kearah Kucing tersebut dan ternyata ianya adalah kucing milik AKU sendiri iaitu ROTI. Sangkaku ROTI telahpun mati melihatkan keadaannya yang berlumuran darah yang keluar dari bahagian hidung dan mulutnya tanpa bergerak serta tertiarap diatas jalan Tar.."Alangkah malangnya nasib dirimu wahai ROTI",bisikku sambil jari jemariku  membuang loceng yang tertambat dileher ROTI menandakan ianya telah Mati..tetapi sangkaanku meleset apabila AKU dapati perutnya masih kembang kempis dengan agak perlahan sekali.Ya Allah..Rupanya ROTI masih lagi bernyawa !

AKU terus mengangkat tubuh ROTI yang layu tak bermaya beserta dengan lumuran darah itu kerumah. AKU sapu dan lap bahagian muka ROTI agar darah yang mengalir itu tidak menyumbat pernafasan ROTI.Hatiku ketika itu berbisik "ROTI tak mungkin mampu melawan kesakitan ini...kau hanya menanti saat maut menjemput..malang sungguh nasib dirimu ".

Tiba-tiba ROTI bersin...dan tersembur setompok darah beku dalam mulutnya...ROTI dalam keadaan begitu kuat mencuba melawan kesakitan yang dialaminya.AKU letakkan ROTI dalam kotak..AKU alas dengan kain agar ROTI tidak kesejukan...setiap lima minit,AKU lap bahagian mukanya dari lelehan darah..Mata sebelah kiri ROTI membengkak dan rahang bawah mulutnya terhenyot...mungkin kemalangan yang dialami ROTI adalah rempuhan dibahagian mukanya.AKU biarkan ROTI rehat buat beberapa ketika.


Setelah beberapa jam ROTI melawan kesakitan...ia akhirnya mampu bangkit walaupun dengan tenaganya yang amat lemah...ROTI merangkak perlahan-lahan mengheret kaki belakangnya yang patah mencari ruang  untuk menyembunyikan dirinya.AKU hanya membiarkan ROTI mencari tempatnya..dan jauh didalam hati AKU berkata..mungkin ROTI mencari ruang untuknya menghabiskan sisa sisa hidupnya..dan pilihan ROTI adalah dibawah tangga...yang merupakan satu ruang gelap...lalu disitulah ROTI merebahkan dirinya....AKU hanya memerhatikan pergerakannya sahaja..AKU biarkan...dengan harapan agar ROTI akan mampu sembuh kembali.



Saturday, August 27, 2011

BANGKAI MISTERI

Hari ini AKU nak bercerita pasal penemuan bangkai misteri dikawasan padang ragut Kambing AKU.Pada mulanya AKU tak perasan adanya satu bangkai dikawasan tersebut walaupun pada paginya AKU melalui kawasan sekitarnya sewaktu melepaskan kambing kambing AKU untuk meragut makanan kat kawasan tu.

Pada sebelah petangnya seperti biasa AKU melakukan kerja2 rutin petangku dengan membaikpulih kandang2 Kambing dan memberi makan kesemua ternakan AKU. Tiba tiba muncul abangku lalau memberitahu tentang adanya satu bangkai ANJING dikawasan padang ragut itu.AKU begitu terkejut bercampur hairan ..bagaimana dan kenapa bangkai ANJING itu boleh berada dikawasan ini.Persoalan ini tidak seharusnya AKU biarkan terus bersarang didalam kepala hotak AKU yang tentunya dah tersangat penuh dengan berbagai2 permasalahan duniawi..lalu AKU terus ketempat yang dinyatakan untuk mempastikan samada ianya benar2 bangkai anjing sebagaimana yang diberitahu kepadaku.

AKU bergerak perlahan meredah daun2 dan pokok2 yang menjalar sambil mataku terus memerhatikan disekeliling sambil berwaspada...takut2 muncul spesis spesis binatang yang merbahaya terutamanya Ular senduk,Ulr Kapak dan Ular sawa yang sering saja kelihatan berkeliaran dikawasan padang ragut ini.Semakin AKU menghampiri kekawasan yang diceritakan..hidungku semakin dapat menangkap bauan yang amat meloyakan tekak AKU.Ternyata....ianya wujud....dengan bahagian kepalanya dah hampir mereput...menampakkan gigi2nya yang tajam....dan badannya sudah mengembang..menunggu masa untuk meletup...dikerumuni oleh lalat2 hijau...dengan bauan yang amat meloyakan....kesan darahnya dah mengering...fusss....tapi....apabila AKU mengamatinya dengan teliti...ianya bukanlah bangkai ANJING ..tetapi bangkai KUCING !!!!!


Begitu malang sekali nasibmu wahai siKucing...matimu langsung tidak ditangisi...tiada saudara mara..tiada sahabat taulan...jauh sekali adik beradik...Kamu mati bersendirian....hanya ditemani oleh lalat lalat hijau dan juga Sang Ulat yang tidak jemu2 meratah tubuh tubuhmu yang dulunya amat kau banggakan..Kini segala kekuatan dan keegoanmu hilang lenyap....hanya semerbak bauan yang meloyakan terus ditiup angin...Hujan panas terik matahari..malam sepi gelap gelita..kau langsung tidak beharga lagi.!!!

Semua ini membuatkan AKU rasa simpati kepada nasib SiKucing yang mati terbiar dicelah2 dauan2 menghijau...lalu AKU dengan relahati mengambil cangkul..lalu kutanam Bangkaimu dengan sedikit rasa hormat..Dan segalanya membuatkan AKU akur kepada fitrah hidup...kita hanya diperlukan sewaktu kita mempunyai segala kekuatan..kemegahan dan kemewahan...dan takkala kita lemah tidak berdaya...kita tidak lagi diperlukan...lalu jadilah kita senasib dengan bangkai ini...lalu AKU mendongak kelangit..sambil berdoa..YA ALLAH..ampunilah dosa2 AKu hari ini ....dan jadikanlah AKU manusia yang berguna untuk masyarakat.... Janganlah KAU timpakan nasib AKU sebagaimana kau pertunjukkan kepada AKU terhadap Bangkai Kucing ini....Sesungguhnya KAU MAHA BERKUASA DAN MAHA BIJAKSANA...Amin..YA Rabbal Alamin.







Friday, August 26, 2011

CERITA KAMBING

Salam buat semua..terutama kepada yang sedang membaca coretan kisah yang AKU paparkan ini tentang diri AKU dalam duniaku yang bergelar BUMI ini...Dunia yang penuh dengan seribu satu rahsia yang tak mampu untuk AKU fikirkan keseluruhannya..dan setiap kali AKU cuba meneliti dan mengkaji rahsia-rahsia alam ini,maka bertambahlah AKU memahami dan mengakui tentang kebesaran kuasa ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada kesemua makhluk2 dialam ini walaupun hanyalah bersifat sementara sahaja.

Apabila AKU memperkatakan tentang makhluk..maka inginlah AKU ceritakan serba sedikit mengenai Makhluk peliharaan aku iaitu KAMBING..hahahahah...mungkin agak lucu dan kelakar bunyinya setiap kali kita menyebut jenama KAMBING. Entah dimana silapnya..spesis makhluk berjenama KAMBING ini sering menjadi bahan jenaka..mungkin kerana sifat,gelagat serta kebodohannya yang banyak dimanupulasi oleh manusia untuk menjadikannya sebagai salah satu bahan jenaka.
Inilah satu satunya KAMBING jantan yang AKU miliki dan  AKU namakannya sebagai AWANG SELAMAT. Asal bakanya tak pula AKU ketahui...cuma AKU dapatkan AWANG SELAMAT daripada adik iparku yang kebetulan mempunyai seorang rakan yang ingin menjual 3 ekor kambingnya dengan harga RM500 sahaja.Tanpa AKU menanyakan banyak soalan yang boleh mebuatkan iparku pening kepala ..lalu AKU terus bersetuju untuk mendapatkan 3 ekor KAMBING daripada rakannya.Seekor Jantan dan dua ekor betina yang masih lagi muda belia.
Ini pula KAMBING betina yang AKU namakan sebagai TIPAH ..bukan Tipah Tertipu..haha..Kira ngam la tu nama TIPAH...nak kasi nama Julia Robert,rasanya tak ngam..sebab TIPAH ni spesis kambing melayu...bukan kambing Minah Salleh. TIPAH tak cerewet sangat pasal makan..apa saja jenis tumbuhan TIPAH kunyah...asalkan warna HIJAU jer..kalau tumbuhan warna BIRU, mungkin TIPAH pikir 14 kali nak jamah.Kenapa dan mengapa..itu kena tanya sama empunya diri...tanya sama TIPAH..jangan Tanya sama itu Hud hud.
 Ini pula adalah dua ekor Induk KAMBING aku punya..Yang nampak ada jalur hitam kat belakang tuh adalah Induk paling tua..tapi belum monopose lagi tau..masih mampu hasilkan anak dua tiga round lagi agaknya..sekarang sedang mengandung ..namanya SITI..cewahhh..nama bunyi macam muda walhal empunya diri dah separuh abad..tapi inilah harapan AKU untuk tahun ini melahirkan anak sulung kepada AWANG SELAMAT..tentulah anaknya nanti berbinkan AWANG SELAMAT sebab dah tak ade bapak lain selain AWANG.Manakala yang duk melantak daun tanpa pandang kiri kanan tu..namanya KIJANG EMAS...hahaha..sempena ngan nama RED WARRIOR la tuh..pasukan bola Kelantan..tapi sebenarnya tak de kena mengena ngan pasukan bolasepak cuma AKU gurau gurau jer..yang sebenarnya adalah kerana sikapnya yang kuat sangat berlari dan melompat...hyper active...tak tertanggong rasanya bila perangainya duk lari kehulu kehilir sambil melompat2..sama macam perangai KIJANG...jadi..AKU pilihlah nama KIJANG EMAS yang rasanya amat sesuai untuk dirinya.