PANTAI KEMASEK,KEMAMAN,TERENGGANU.
Pantai Kemasik adalah salah satu pantai tercantik di Terengganu..dengan panorama bongkah2 batu kecil yang membentuk bukit2 kecil di tepian pantai membuatkan abelee terngaga..tergaman..kekaguman..sehinggakan tak tersedar beberapa ekor lalat hijau memenuhi ruang kerongkongku..hahahhaha..tu sedikit cerita tambahan..Jangan maros..nanti kena jual.
Terletak 10km daripada bandar Kijal..kiranya kalau memecut kereta 100km sejam..tak sampai 10 minit boleh sampai kat sini..tapi awas..kalau terlalu laju..nanti sampai Hospital..maka kempunanlah nak tengok keindahan pantai Kemasik..kita pulak jadi Panorama indah lawatan rakan2 di wad kecemasan..( senyum abelee semasa tulis cerita ni..tak tertahan rasa nak tergelak ).
Kalau ada cita2 nak jadi pendaki bukit...nak panjat gunung Everest ..bolehlah cuba2 bakat panjat bukit2 batu kecil kat Pantai Kemasik dulu...tapi pastikan anda memakai alas kaki yang sesuai..taklah susah2 sangat nak pakai kasut spike untuk daki bukit nih...abelee pakai selipar jepun jer...dan yang menariknya, kat atas bukit kecil ni kita mampu melihat bermacam sudut pandangan..dan kita akan dapat saksikan kebiruan air laut ( macam warna kat bendera UMNO ..kikkiiki)..tapi kadang2 mata kita bertukar kehijau-hijauan ( macam bendera PAS lar pulak..kikkikiki)...kita juga akan termenung sejenak melihat deretan rumah2 kecil perkampungan nelayan...tambah termenung,bila nampak anak dara Nelayan duduk bersimpuh sambil bermain facebook di jemuran...hahahahahah..(tolong jangan marah ek...sabar...terus baca...hahahhah).

No comments:
Post a Comment