Salam buat semua..terutama kepada yang sedang membaca coretan kisah yang AKU paparkan ini tentang diri AKU dalam duniaku yang bergelar BUMI ini...Dunia yang penuh dengan seribu satu rahsia yang tak mampu untuk AKU fikirkan keseluruhannya..dan setiap kali AKU cuba meneliti dan mengkaji rahsia-rahsia alam ini,maka bertambahlah AKU memahami dan mengakui tentang kebesaran kuasa ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada kesemua makhluk2 dialam ini walaupun hanyalah bersifat sementara sahaja.
Apabila AKU memperkatakan tentang makhluk..maka inginlah AKU ceritakan serba sedikit mengenai Makhluk peliharaan aku iaitu KAMBING..hahahahah...mungkin agak lucu dan kelakar bunyinya setiap kali kita menyebut jenama KAMBING. Entah dimana silapnya..spesis makhluk berjenama KAMBING ini sering menjadi bahan jenaka..mungkin kerana sifat,gelagat serta kebodohannya yang banyak dimanupulasi oleh manusia untuk menjadikannya sebagai salah satu bahan jenaka.
Inilah satu satunya KAMBING jantan yang AKU miliki dan AKU namakannya sebagai AWANG SELAMAT. Asal bakanya tak pula AKU ketahui...cuma AKU dapatkan AWANG SELAMAT daripada adik iparku yang kebetulan mempunyai seorang rakan yang ingin menjual 3 ekor kambingnya dengan harga RM500 sahaja.Tanpa AKU menanyakan banyak soalan yang boleh mebuatkan iparku pening kepala ..lalu AKU terus bersetuju untuk mendapatkan 3 ekor KAMBING daripada rakannya.Seekor Jantan dan dua ekor betina yang masih lagi muda belia.
Ini pula KAMBING betina yang AKU namakan sebagai TIPAH ..bukan Tipah Tertipu..haha..Kira ngam la tu nama TIPAH...nak kasi nama Julia Robert,rasanya tak ngam..sebab TIPAH ni spesis kambing melayu...bukan kambing Minah Salleh. TIPAH tak cerewet sangat pasal makan..apa saja jenis tumbuhan TIPAH kunyah...asalkan warna HIJAU jer..kalau tumbuhan warna BIRU, mungkin TIPAH pikir 14 kali nak jamah.Kenapa dan mengapa..itu kena tanya sama empunya diri...tanya sama TIPAH..jangan Tanya sama itu Hud hud.
Ini pula adalah dua ekor Induk KAMBING aku punya..Yang nampak ada jalur hitam kat belakang tuh adalah Induk paling tua..tapi belum monopose lagi tau..masih mampu hasilkan anak dua tiga round lagi agaknya..sekarang sedang mengandung ..namanya SITI..cewahhh..nama bunyi macam muda walhal empunya diri dah separuh abad..tapi inilah harapan AKU untuk tahun ini melahirkan anak sulung kepada AWANG SELAMAT..tentulah anaknya nanti berbinkan AWANG SELAMAT sebab dah tak ade bapak lain selain AWANG.Manakala yang duk melantak daun tanpa pandang kiri kanan tu..namanya KIJANG EMAS...hahaha..sempena ngan nama RED WARRIOR la tuh..pasukan bola Kelantan..tapi sebenarnya tak de kena mengena ngan pasukan bolasepak cuma AKU gurau gurau jer..yang sebenarnya adalah kerana sikapnya yang kuat sangat berlari dan melompat...hyper active...tak tertanggong rasanya bila perangainya duk lari kehulu kehilir sambil melompat2..sama macam perangai KIJANG...jadi..AKU pilihlah nama KIJANG EMAS yang rasanya amat sesuai untuk dirinya.

No comments:
Post a Comment