Saturday, November 19, 2011

TAK KU SANGKA TAK KU DUGA

Aduhaii..tajuk kali ini dah macam tajuk lagu Appit pulak..tapi sebenarnya tajuk jer yang sama..isinya pasal Kambing AKU..hahahahah...jangan marah ek..nanti kena jual.

Takku sangka takku duga..menjelangnya hari raya AidilAdha baru2 ini...kambing betina AKU..Siti telah melahirkan 2 ekor anaknya...Alhamdulillah..semuanya selamat..tak perlu bawak masuk hospital bersalin..tak payah menghabiskan duit untuk rawatan selepas bersalin...jamu2 Ratu..semuanya tak perlu..hahahahaha..sebab Siti dah ada formulanya sendiri untuk rawatan dirinya.

Bersempena dengan kelahirannya pada pagi AidilAdha..maka AKU namakan Aidil (Jantan) dan Adha ( Betina )...hahahahaha....best gak nama ...senang dan mudah nak ingat. Semuga Aidil dan Adha akan membawa keuntungan buat AKU...cepat membesar dan seterusnya cepat melahirkan anak....membiak...membawa fulus fulus yang banyak....YeeeeeEEEEeehaaaAAAA.

Dengan kelahiran baru ini...maka bertambahlah populasi Kambing Aku kini kepada 6 ekor semuanya..maka bertambahlah sedikit bebanan tugas untuk mendapatkan bekalan makanannya..tapi..itu semua sudah menjadi lumrah penternak seperti AKU. Hanya kerana minat ,AKU sering tak terasa ianya sebagai suatu Beban..malah AKU positifkan pemikiranku sebagai satu Tanggungjawap dan tugasan kerja.

Oklah...hanya setakat ini jer yang mampu AKU luangkan masa untuk kemaskini blog AKU dan Dunia Haiwan untuk hari ini..maklumlah..kat belakang AKU sekarang ini..Kambing2 dan ternakan2 AKU duk bertempik mintak sarapan....So...WA chow duluh....YeeeeehaAAAAaa.